Hi..
i am aIRul
Terima kasih kerana melayari blog saya..
Ini merupakan "entry" saya yang pertama..
Good Start for 2013
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang.
Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal
kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana
helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi.
Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang
terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri
diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit
ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia.
Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan
"Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1][2]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau
kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi
dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great
Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan
kekal menjadi kepunyaan Siam"
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas lulus dari Universiti Malaya di Singapura[3][4].Sejak itu, beliau ingin mengubah "Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi pelancongan bertaraf dunia.
No comments:
Post a Comment